Monday, March 31, 2008

KONKRIT SEBAGAI BAHAN BINAAN

KONKRIT SEBAGAI BAHAN BINAAN

Konkrit
Bahan-bahan kandungannya: simen, pasir, batu baur halus dan kasar.

Simen:
· Simen bertindakbalas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponen-komponen konkrit.
· Terdapat pelbagai jenis simen seperti:
- Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan;
- Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)
- Simen bewarna;
- Simen cepat mengeras.

Batu-baur
· Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam bancuhan konkrit. Ia biasanya dibahgikan kepada dua kumpulan:
1. Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm. Ia boleh didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
2. Batu baur kasar: Saiznya antara 5 – 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari kuari.
· Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

AIR:
Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:
1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
2. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
3. Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua batu dalam bancuhan konkrit.

SIFAT-SIFAT KONKRIT
· Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
· Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain.
· Konkrit boleh di bancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.
· Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

KUALITI CAMPURAN KONKRIT BERGANTUNG KEPADA:
· Kualiti bahan-bahan bancuhannya.
· Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir: batu baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.
· Cara mencampur dan mengangkut.
· Kualiti acuan yang digunakannya.
· Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.
· Pengawetan yang digunakan.

JENIS JENIS KONKRIT
Konkrit biasa:
· Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.
· Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).
· Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai atas tanah.

Konkrit bertetulang:
· Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.
· Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

Konkrit tuang dahulu:
· Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan di bina di dalam bengkel atau tapak pembinaan dengan kuantiti yang banyak .
· Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

Konkrit tegas-dahulu
· Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi.
· Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang lebih tinggi.
· Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
· Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post- tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.
· Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.

Konkrit ringan
· Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap udara (spt CO2) supaya hasilnya lebih ringan.
· Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak memegang beban.

No comments: