Saturday, February 16, 2008

Precast

Precast merupakan kaedah pembinaan yang dilakukan di kilang termasuklah tiang, dinding, rasuk dan sebagainya. Hanya penyambungannya sahaja dilakukan di tapak projek. Precast juga lebih menjimatkan masa berbanding in-situ. Precast boleh digunakan untuk mendapatkan jarak rentang yang panjang. Ia juga tidak dipengaruhi oleh masalah cuaca.

keselamatan bengkel

KESELAMATAN SEMASA DALAM BENGKEL
Sebelum kita memasuki bengkel maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel tersebut.Di peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan peralatan bengkel. Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.
KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PROJEK
1. Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu projek.
2. Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa membuat projek.
3. Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama kerana buruk padahnya nanti.
KESELAMATAN DIRI SENDIRI
1. Perlindugan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata.
2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
3. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel.
4. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan alatan besi.
5. Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
6. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.







AMALAN 4M
1. Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek.
-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
2. Menyusun Atur

-Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul
-Menilai Diri dan Tempat Kerja
-Pencahayaan yang cukup

-Peredaran udara yang baik

-Lantai kering dan tak berminyak

-Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri
3. Menilai Diri dan Tempat Kerja
-Pencahayaan yang cukup
-Peredaran udara yang baik
-Lantai kering dan tak berminyak
4. Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri


KESELAMATAN AM
1. Keselamatan Bengkel

-Lantai tak licin

-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru

2. Keselamatan Diri
-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
-Memakai apron dan kasut getah

3. Keselamatan Alatan
-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
-Gunakan alatan mengikut fungsinya

4. Keselamatan Penggunaan Elektrik

-Pastikan tangan tidak basah

-Jangan menggunakan peralatan yang rosak

Saturday, February 9, 2008

building


bangunan yang terdapat di Los Angeles

building construction

In-situ

semua kerja-kerja dibuat ditapak bina. Menggunakan ramai buruh-buruh separa mahir dan menggunakan kos yang rendah. In-situ pengaruh kepada cuaca.