Monday, April 7, 2008

Monday, March 31, 2008

UJIAN FAKTOR MADAT

Ujian Faktor Madat
i) Tujuan
Ini adalah satu cara yang boleh diterima untuk menentukan bancuhan konkrit secara terus, iaitu jumlah kerja yang diperlukan untuk memberikan pemadatan yang sempurna/penuh. Ianya mengukur darjah pemadatan yang didapati dari kerja yang dibuat secara lazim.
Darjah pemadatan, yang dikenali dengan faktor pamadatan diukur dari nisbah ketumpatan, iaitu nisbah ketumpatan yang benar-benar didapati dalam ujian kepada ketumpatan dari konkrit yang sama, yang dipadatkan dengan sempurna/penuh.
ii. Radas
Radas yang digunakan mengandungi dua "hopper" berbentuk kun dan satu acuan selinder. Ianya diatur supaya ‘Hopper-hopper’ itu terletak di atas satu sama lain di atas selinder.iii. Cara Membuat Ujian
Penuhkan ‘hopper’ yang disebelah atas dengan konkrit tetapi jangan dipadatkan supaya ketika itu tiada kerja dilakukan ke atas konkrit itu. Kemudian bukakan penutup di bawah ‘hopper’itu dan biarkan konkrit jatuh masuk ke dalam "hopper" yang kedua. ‘Hopper’ ini kecil sedikit daripada yang di atas tadi. Bukakan penutup di bawah ‘hopper’ kedua pula dan biarkan konkrit masuk ke dalam selindar. Buangkan penutup di bawah "hopper" kedua pula dan biarkan konkrit masuk ke dalam selindar. Buangkan konkrit yang berlebihan dan timbangkan konkrit yang di dalam selindar itu, yang mana isipadunya diketahui.
Ketumpatan konkrit dalam selindar tadi dikira dan kemudiannya ketumpatan ini dibahagi dengan ketumpatan konkrit yang dipadatkan dengan sempurna. Ini boleh dilakukan secara mengisi selindar yang sama dengan konkrit dalam 4 lapisan. Tiap-tiap lapisan hendaklah dipadatkan atau digetarkan dengan menggunakan pengetar.

SLUMP TEST

Ujian Pemendapan (Slump Test)
i) Tujuan
Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of workability) bagi sesuatu campuran konkrit. Nisbah bahan-bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan berkeadaan padat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti berikut:
Kandungan air
Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan
Nisbah air/simen
ii) Cara membuat Ujian
Acuan digunakan ialah berbentuk kun di mana tingginya ialah 305mm. Ambil contoh konkrit dan penuhkan acuan dalam masa 2 minit dalam 4 lapisan yang sama.
b. Padatkan tiap-tiap lapisan 25 kali menggunakan rod keluli.
c.Permukaan di atas diparaskan dan segala kebocoran di tapak acuan dibersihkan.
d. Dengan tidak membuang masa, acuan diangkat dengan perlahan-lahan dalam keadaan tegak.
e. Ukurlah pemendapan 6 mm yang terdekat. Jika pemendapan riceh atau roboh berlaku, ujian hendaklah diulangi menggunakan contoh yang lain.
f. Catatkan segala keputusan
g. Bersih acuan dan biarkan kering. Jangan sekali-kali acuan itu disapu minyak.
iii. Jenis Pemendapan.
Pemendapan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit.
Pemendapan Riceh (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan.
Pemendapan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil

UJIAN KONKRIT

Ujian Yang Bersangkutan Dengan Kerja Konkrit
Semasa kerja konkrit dilaksanakan, pegawai-pegawai audit harus mempastikan sampel-sampel hendaklah diambil dari konkrit yang sedang dituang. Daripada sampel tersebut ujian-ujian berikut hendaklah dibuat:
Ujian Kekuatan.
Ujian Kekuatan
Ujian ini dibuat setiap hari kerja konkrit dilaksanakan. Pada amnya, enam kiub ujian hendaklah disediakan. Ujian kekuatan pecahan sebanyak tiga kiub hendaklah diuji pada hari ketujuh dan tiga kiub yang lain pada hari ke 28. Keputusan dari ujian-ujian ini akan memberi gambaran bahawa campuran itu adalah betul. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada kekuatan konkrit yang telah dibuat.
a) Cara Membuat Sampel Kiub
Ujian dibuat menggunakan acuan keluli berukuran 150mm x 150mm. Konkrit dituang dalam 3 lapisan yang agak sama tebal. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sekurang-kurang 35 kali menggunakan bar pemadat sehingga konkrit kelihatan padat dan sempurna.
Kesemua kiub akan ditanda dengan jelas tarikh tuangan dan nombor sirinya dengan cat yang tidak luntur.
Satu rekod disediakan bagi mengenalpasti tarikh dan nombor siri setiap kiub yang berkaitan dengan bahagian kerja dari masa kiub tersebut diambil.
b) Membuat ‘curing’ pada contoh-contoh kiub.
Kiub disimpan di dalam acuannya selama 24 jam. Ianya dibuat ‘curing’ dengan meletakkan kain guni yang basah atau yang seumpamanya di atas contoh kiub tersebut. Selepas 24 jam, contoh-contoh kiub itu hendaklah ditanggalkan dari acuannya. Kemudian dengan segera dimasukkan ke dalam air dan disimpan dalam air sehingga tiba tarikh ujiannya.
c) Pengujian Konkrit
Pengujian dijalankan di Makmal JKR ataupun makmal swasta yang diluluskan. Jika ujian pada hari ke tujuh tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, Pegawai Penguasa dikehendaki memberhentikan kerja konkrit sehingga kiub-kiub lebihan yang lain diuji pada hari ke 28.
Jika keputusan ujian pada hari ke 28 tidak mencapai kekuatan yang dikehendaki, ujian kepada sampel-sampel teras dari bahagian konkrit yang telah keras hendaklah dijalankan bagi ujian kekuatan. Dan jika sekiranya masih gagal lagi maka tindakan harus diambil untuk meroboh terus bahagian-bahagian tersebut.

JENIS-JENIS CAMPURAN KONKRIT

Jenis-Jenis Campuran
Apabila berada di tapak projek pegawai-pegawai audit boleh meneliti campuran yang sedang dibuat. Jika dimaklumkan campuran 1: 2: 4 bermakna 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian batu. Bahagian bermakna menggunakan alat sukatan yang sama bagi ketiga-tiga bahan tersebut.
a. Campuran 1: 2 : 4
Campuran ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertulang dan juga untuk konkrit tuang dulu (pre-cast concrete)
b. Campuran 1: 1.6 : 3.2
Ini adalah campuran yang kuat sedikit daripada campuran 1 : 2 : 4. Ianya biasa digunakan dalam kerja penakungan air seperti tembok penahan air.
c. Campuran 1 : 3 : 6
Campuran ini adalah digunakan dalam kerja konkrit yang banyak seperti tapak dan lantai konkrit.

KERJA-KERJA KONKRIT

. Bahan-bahan yang digunakan bagi kerja-kerja konkrit ialah:
i.) Simen
Simen didatangkan dalam beg yang muatannya 50kg. Jenis simen yang selalu digunakan untuk kerja-kerja umum ialah ‘Ordinary Portland Cement’. Disamping itu terdapat juga beberapa jenis simen seperti
a. Simen Portland cepat keras b. Simen putih c. Simen alumina d. Simen tahan salfat
Semasa auditan dijalankan perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian
a. Dalam sesuatu projek, simen disimpan di dalam stor yang dibina supaya air tidak boleh menyerap masuk dan membasahi simen.
b. Dalam kerja kecil, di mana beberapa beg simen sahaja yang diperlukan, beg-beg simen boleh diletakkan di atas platform kayu dan ditutup dengan terpal (tarpaulin) untuk mengelakkan daripada dibasahi hujan.
ii.) Batu Baur Halus (Pasir)
Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan sumber utama batu baur halus.
Sebelum digunakan, juruaudit boleh mempastikan batu baur halus tersebut bersih daripada campuran tanah, kayu, batu-batu yang lebih besar dan apa jua kotoran lain-lainnya. Sebelum digunakan ianya haruslah ditapis terlebih dahulu. Pasir juga tidak boleh mengandungi bahan-bahan organan yang untuk menampakkan warna yang lebih gelap berbanding kecerahan asal.
Ianya disimpan di atas lantai simen atau lantai kayu dan boleh terdedah kepada hujan dan panas. Jika disimpan di atas tanah hanya pasir yang berada 150mm tinggi daripada aras tanah sahaja boleh digunakan. Ini bagi memastikan ianya tidak bercampur dengan debu tanah atau lumpur.
iii.) Batu Baur Kasar
Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu.
Jenis batu yang paling banyak didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur.
Bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan takungan air dan kerja-kerja bawah tanah di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh digunakan.
Batu baur kasar yang hendak digunakan ini juga harus bersih, tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat
iv.) Penggredan Batu Baur
Pegawai-pegawai Audit boleh mendapatkan daripada pegawai di tapak projek berkaitan analisis penggredan batu baur sebagaimana mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5

KONKRIT SEBAGAI BAHAN BINAAN

KONKRIT SEBAGAI BAHAN BINAAN

Konkrit
Bahan-bahan kandungannya: simen, pasir, batu baur halus dan kasar.

Simen:
· Simen bertindakbalas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponen-komponen konkrit.
· Terdapat pelbagai jenis simen seperti:
- Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan;
- Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)
- Simen bewarna;
- Simen cepat mengeras.

Batu-baur
· Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam bancuhan konkrit. Ia biasanya dibahgikan kepada dua kumpulan:
1. Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm. Ia boleh didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
2. Batu baur kasar: Saiznya antara 5 – 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari kuari.
· Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

AIR:
Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:
1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
2. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
3. Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua batu dalam bancuhan konkrit.

SIFAT-SIFAT KONKRIT
· Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
· Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain.
· Konkrit boleh di bancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.
· Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

KUALITI CAMPURAN KONKRIT BERGANTUNG KEPADA:
· Kualiti bahan-bahan bancuhannya.
· Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir: batu baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.
· Cara mencampur dan mengangkut.
· Kualiti acuan yang digunakannya.
· Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.
· Pengawetan yang digunakan.

JENIS JENIS KONKRIT
Konkrit biasa:
· Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.
· Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).
· Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai atas tanah.

Konkrit bertetulang:
· Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.
· Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

Konkrit tuang dahulu:
· Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan di bina di dalam bengkel atau tapak pembinaan dengan kuantiti yang banyak .
· Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

Konkrit tegas-dahulu
· Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi.
· Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang lebih tinggi.
· Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
· Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post- tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.
· Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.

Konkrit ringan
· Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap udara (spt CO2) supaya hasilnya lebih ringan.
· Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak memegang beban.