Monday, March 31, 2008

KERJA-KERJA KONKRIT

. Bahan-bahan yang digunakan bagi kerja-kerja konkrit ialah:
i.) Simen
Simen didatangkan dalam beg yang muatannya 50kg. Jenis simen yang selalu digunakan untuk kerja-kerja umum ialah ‘Ordinary Portland Cement’. Disamping itu terdapat juga beberapa jenis simen seperti
a. Simen Portland cepat keras b. Simen putih c. Simen alumina d. Simen tahan salfat
Semasa auditan dijalankan perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian
a. Dalam sesuatu projek, simen disimpan di dalam stor yang dibina supaya air tidak boleh menyerap masuk dan membasahi simen.
b. Dalam kerja kecil, di mana beberapa beg simen sahaja yang diperlukan, beg-beg simen boleh diletakkan di atas platform kayu dan ditutup dengan terpal (tarpaulin) untuk mengelakkan daripada dibasahi hujan.
ii.) Batu Baur Halus (Pasir)
Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan sumber utama batu baur halus.
Sebelum digunakan, juruaudit boleh mempastikan batu baur halus tersebut bersih daripada campuran tanah, kayu, batu-batu yang lebih besar dan apa jua kotoran lain-lainnya. Sebelum digunakan ianya haruslah ditapis terlebih dahulu. Pasir juga tidak boleh mengandungi bahan-bahan organan yang untuk menampakkan warna yang lebih gelap berbanding kecerahan asal.
Ianya disimpan di atas lantai simen atau lantai kayu dan boleh terdedah kepada hujan dan panas. Jika disimpan di atas tanah hanya pasir yang berada 150mm tinggi daripada aras tanah sahaja boleh digunakan. Ini bagi memastikan ianya tidak bercampur dengan debu tanah atau lumpur.
iii.) Batu Baur Kasar
Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu.
Jenis batu yang paling banyak didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur.
Bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan takungan air dan kerja-kerja bawah tanah di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh digunakan.
Batu baur kasar yang hendak digunakan ini juga harus bersih, tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat
iv.) Penggredan Batu Baur
Pegawai-pegawai Audit boleh mendapatkan daripada pegawai di tapak projek berkaitan analisis penggredan batu baur sebagaimana mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5

No comments: