Monday, March 31, 2008

SLUMP TEST

Ujian Pemendapan (Slump Test)
i) Tujuan
Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of workability) bagi sesuatu campuran konkrit. Nisbah bahan-bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan berkeadaan padat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti berikut:
Kandungan air
Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan
Nisbah air/simen
ii) Cara membuat Ujian
Acuan digunakan ialah berbentuk kun di mana tingginya ialah 305mm. Ambil contoh konkrit dan penuhkan acuan dalam masa 2 minit dalam 4 lapisan yang sama.
b. Padatkan tiap-tiap lapisan 25 kali menggunakan rod keluli.
c.Permukaan di atas diparaskan dan segala kebocoran di tapak acuan dibersihkan.
d. Dengan tidak membuang masa, acuan diangkat dengan perlahan-lahan dalam keadaan tegak.
e. Ukurlah pemendapan 6 mm yang terdekat. Jika pemendapan riceh atau roboh berlaku, ujian hendaklah diulangi menggunakan contoh yang lain.
f. Catatkan segala keputusan
g. Bersih acuan dan biarkan kering. Jangan sekali-kali acuan itu disapu minyak.
iii. Jenis Pemendapan.
Pemendapan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit.
Pemendapan Riceh (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan.
Pemendapan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil

No comments: